| -kelapa bakar, kelapa bakar- |
Pernahkah anda mendengar mengenai kelapa bakar atau dikenali sebagai ''coconut burn''?? Saya sebenarnya baru perasan kewujudan sebuah gerai air kelapa bakar ini di pinggir bandar Temerloh dan buat kali pertamanya saya mencuba dan merasakan keenakan air tersebut, lantas saya tertanya-tanya apakah khasiatnya? Terus saya melakukan sedikit kajian mengenai kelapa bakar, sejauh manakah khasiat air kelapa bakar ini. Disamping itu saya meneliti beberapa buah laman blog yang kebanyakannya berpusat dari Indonesia. Setelah melakukan beberapa kajian serta meneliti beberapa pandangan dari blogger lain, barulah saya menyedari kelebihan air kelapa bakar ini. Lantas saya turut mengajak kawa-kawan saya untuk mencubanya lalu munculah persoalan tersebut; apakah kelebihan kelapa bakar? Apakan khasiat kelapa bakar?? Sedapkah rasanya?? Macam mana hendak menghasilkannya?? Ok kawan-kawan, di artikel kali ini saya akan mengurai serba sedikit persoalan kawan-kawan itu.
Secara ringkasnya, air kelapa bakar ini dihasilkan dari kelapa tua yang dibakar sekurang-kurangnya selama 3 jam. Secara theory proses membakaran ini akan melunakan/melarutkan isi kelapa bersama air kelapa bagi menghasilkan air yang penuh berkhasiat serta enak. Setelah proses pembakaran berlalu, buah kelapa itu akan dibuka dan rempah atau perisa sama ada campuran halia dan kayu manis atau madu dan susu akan ditambah mengikut citarasa pelanggan. Setelah selesai, air kelapa bakar akan dihidangkan sama ada dalam keadaan yang panas mahupun sejuk. Tapi berhati-hati jika anda ingin memesan rempahnya, kerana bagi campuran halia dan kayu manis akan menghasilkan rasa haba yang sangat tinggi sehingga mampu memanaskan tekak anda. Manakala campuran madu dan susu akan menghasilkan minuman yang amat manis dan menyegarkan.
![]() |
| -kelapa melalui proses pembakaran- |
Khasiat serta kelebihan kelapa bakar? Ok, mengikut beberapa kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dari Indonesia, air kelapa mempunyai kandungan nutrien yang sangat baik untuk tubuh kita, antaranya kandungan isipadu gula (1.7-2.6 %) dan protein (0.07 - 0.55%) manakala air kelapa itu sendiri kaya dengan kandungan potasium yang mampu menghalang risiko penyakit stroke bagi pengidap penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu, hasil kajian Dr. Eugenio Macalalag, ahli Urologi dari Chinese General Hospital and National Kidney Institute, Philippine mendapati bahawa air kelapa mampu melarutkan penyakit batu karang. Selain itu berdasarkan kata-kata orang lama, air kelapa bakar ini mampu mengurangkan kadar kolesterol, menambah tenaga, melegakan sakit pinggang, membuang angin serta mampu membersihkan usus perut. Tetapi anda juga perlu berhati-hati, kerana ada khabar angin mengatakan bahawa kelapa bakar ini tidak sesuai diminum oleh pengidap penyakit kencing manis, kerana kandungan gulanya yang tinggi.
| -air kelapa bakar segar- |
Mengenai pasaranya? Bagi pendapat saya, jumlah pengusaha produk kelapa bakar di Malaysia ini masih kurang berbanding di Indonesia itu sendiri, mungkin kerana kurangnya promosi serta informasi mengenai kebaikan minuman ini di sini. Akan tetapi, lain pula perkhabaranya di negeri bawah bayu Sabah, dikatakan produk kelapa bakar ini mendapat tempat dan sambutan oleh para pelancong serta penduduk setempat. Namun, saya mampu berikan jaminanm kepada anda bahawa air kelapa bakar amat enak serta perlu dirasai walaupun hanya sekali.
Setakat ini sahajalah perkongsian yang mampu saya berikan mengenai air kelapa bakar, diharapakan segala informasi dan pendapat yang saya berikan dapat diterima baik oleh semua pihak. Jika saya ada tersalah mohon betulkan, jika saya ada terkasar, mohon maafkan. Saya akhiri artikel ini dengan serangkap pantun;
''Biar hati sejernih air,
Jangan pula dipenuhi lumpur,
kalau salah saya belum berakhir,
harap diampun dosa dengan rasa bersyukur''
Assalamualaikum
