Seperti mana yang kita sedari, musim hujan mula menghadirkan dirinya setelah sekian lama menghilang. Namun, tanpa kita sedari keadaan itu turut membawa munculnya batuk.. "hukhukk.." Baiklah sahabat-sahabat, di artikel kali ini saya akan berkongsi sebar sedikit mengenai batuk, cara-cara mengubatinya dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya kita mengalami batuk.
Ok, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh encik wiki, batuk merupakan runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ianya menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunyi yang tersendiri. Batuk merupakan refleksi biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Selain itu, batuk turut menghindari bahan material rengsa (seperti habuk dan rokok) dan lebebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong, lubang nafas dan paru-paru.
Baiklah, sekarang kita masuk bahagian punca-punca batuk. Seperti mana yang saya sudah katakan awal tadi, kesan perubahan cuaca turut menjadi punca berlakunya batuk bagi seseorang. Selain itu, demam selsema, alergi, dan merokok adalah punca utama batuk. Tetapi, anda semua jangan memandang ringan kepada batuk, kerana batuk jugak boleh berpunca dari penyakit yang membahayakan sebagai contoh; penyakit asma, jangkitan saluran pernafasan (whooping cough), penyakit paru-paru (fibrosis, bronkiektasis, barah), asid perut membocor ke dalam kerongkong (hiatus hernia dan refluks gastroesofageal), kelemahan jantung dan banyak lagi.
Sekarang kita ke topik seterusnya iaitu cara/petua untuk merawat batuk ni. Setelah saya melawat beberapa blog dan mendengar pendapat sahabat-sahabat saya, saya dapati banyak petua-petua yang boleh digunapakai dan berkesan dalam merawat batuk ini. Antaranya adalah;
1) Berjumpa Doktor
-Jika anda terdapat kahak berwana hijau, kuning atau perang atau darah,
-Jika batuk anda berkekalan dalam masa yang lama dan melebihi tiga minggu,
-Jika ia menyebabkan anda rasa sakit, pengsan, muntah atau kepenatan, dll.

2) Gunakan khasiat madu
-Madu + limau nipis dan air suam (satu sudu madu, 3-4 biji limau, dan suku cawan air suam),
-Madu + halia + limau kasturi (tumbuk halia sehingga lumat, ambil jusnya dan campurkan madu dan perahkan limau kasturi, minum untuk melegakan tekak).
3) Gunakan khasiat bahan-bahan lain seperti
-Kicap + limau nipis (satu sudu kicap dan perahkan limau),
-Kapur sireh (sapukan kapur sireh di sekeliling leher sebelum tidur malam),
-Bawang putih bakar (makan bawang bakar dua-tiga ulas sehari),
-Daun sireh (rebus daun sireh tersebut dan minum sehari sekali).
Akhir sekali, kita perlulah berhati-hati ketika batuk, supaya ianya tidak mempengaruhi orang lain. Antara cara-cara untuk perjagaan diri adalah;
-dengan selalu menutup mulut ketika membatuk dan pusingkan kepala anda dari makanan dan orang disekitar anda,
-selepas membatukkan kahar, buangkannya didalam tisu (jangan menelannya),
-basuh tangan anda sebelum makan, menyediakan makanan atau menjaga orang lain,
-berhenti merokok,
-dapatkan rehat yang secukupnya,
-makan makan yang berkhasiat
-minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari,
-dll lagi yang difikirkan bersesuaian keadaan anda.
Baiklah kawan-kawan, rasanya sampi disini sahaja artikel serta perkongsian saya pada hari ini, sayangilah diri anda, jagalah kesihatan anda. Assalamualaikum
-sumber diolah dari lepak.my dan wikipedia.com-



